Sunday, April 12, 2009

Isu PPSMI

Ni pasai isu blajar math dgn sains dalam bahasa inggeris.. aku pun xtau apasai tiba2 isu ni jadi besar.. kesian budak2 kecik jadi bahan experiment.. kejap2 tukar kejap2 tukar.. memang bahasa melayu tu bahasa kita, bahasa ibunda tapi apa salahnya kalau kita blajar bahasa orang..
Bukan apa, kalau bahasa melayu tu boleh bawak kita pegi jauh xpa la.. skarang era globalisasi bukan zaman hang tuah..bukan zaman kesultanan melayu melaka lagi dah.. zaman tu boleh la lingua franca dia bahasa melayu.. semua urus niaga bahasa melayu.. sekarang kalau nak bwt bisness orang guna bahasa inggeris lohr..
Sekarang budak2 tu kecik lagi xpa la..nanti kalau nak further study semua guna english.. mau culture shock budak2 tu.. lagipun sekarang ekonomi bukan orang melayu pegang.. kalau tengok kat surat khabar tu jawatan kosong semua nak yang boleh cakap bahasa inggeris.. dan disebabkan bukan orang melayu pegang juga la kita boleh tengok kat kebanyakan jawatan kosong nak orang yang fasih bahasa inggeris dan satu lagi bahasa yang bukan bahasa melayu.. abistu budak melayu kita nak kerja apa??
Bagi aku, blajar p la bahasa inggeris tu supaya kita maju and kita dapat pegang balik ekonomi negara kita.. dah dapat pegang ekonomi kita sendiri lpastu nak buat blajar math dgn sains dalam bahasa arab dgn tulisan jawi pun xpa dah sebab orang lain terpaksa jugak belajar (kalau ekonomi kita dah pegang la)
Yang hairan golongan bukan melayu boleh plak blajar bahasa kita dulu..pastu tambah lagi bahasa inggeris diorang blajar.. xda hal pun bagi diorang..boleh ja pegang ekonomi negara kita..boleh ja berjaya kan kan kan??
Ni hanya pandangan aku je k.. chiow

0 comments: