Sunday, September 6, 2009

Favourite Character


Ni character Tekken favourite aku skang, Feng Weng

Iwan with King

Saturday, September 5, 2009

Ikan Gatai !!!!!


GAMBAR INI ADALAH BENAR
TIADA UNSUR2 'CAMERA TRICK' DIGUNAKAN

Aritu aku p The Aquarium pastu kt situ ada aquarium bnyk2 and besaq2
aku dgn awek aku pun pi la usya2 ikan kt situ
pastu awek aku wat2 la mcm nk kiss sekor ikan kt aquarium tu
yang brengsetnya bleh plak ikan tu dari jauh dtg dkt dgn awek aku mcm kt gamba bwh ni


Aku tengok mcm best ja aku pun try la
bertambah2 brengset lg bila aku wat2 nak kiss ikan tu bleh 'reverse'
dia lari jauh dari aku



pandai ikan2 zaman skarang ni dia nak awek ja
nasib baik ko ikan duduk dalam aquarium
kalau kt luar tiap2 ari aku pancing smpai dapat!
ikan gatai !!!!

Moral crita :
1. Jgn bawak awek pi tgk ikan! Nnt anda Jeles

2. Ikan diatas mungkin jantan atau lesbian!
3. Makanlah ikan bnyak2

Les' Copaque


Gamba ni aku amik masa aku g interview restaurant Geng Corner kt Shah Alam
Restaurant ni bertentangan dgn studio Les' Copaque, company yang wat animasi Upin & Ipin tu
Hiasan dalaman restaurant ni pun bertemakan filem Geng The Movie
Style gak la tp Upin Ipin xda time aku p tu
ampeh...

Sunday, August 23, 2009

123456789

Sayang sungguh aku lambat bukak email ni klu x leh bgtau kawan2 sblum tarikh ni berlaku

ON AUGUST 7, 2009 AT 12hr 34 min AND 56sec THE TIME & DATE WILL BE

12:34:56 07/08/09

123456789 !!!!! THIS WILL NEVER HAPPEN IN YOUR LIFE AGAIN !!!!

Sekadar Peringatan

lmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada
ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat
ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat..

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

Saturday, August 8, 2009

Spa Fish


Gila best kena massage dgn ikan ni.. Garra Ruffa nama dia xsalah aku atau lebih dikenali dgn nama Spa Fish.. Ikan ni bila kita celup kaki terus dia serbu lbi kurang cam ikan piranha gak la tp dia xmakan daging, dia makan sel2 mati kat kaki kita.. First2 celup tu memang menjerit la geli sampai meleleh air mata tp dah lama2 tu steady la skit hehe.. kengkawan leh try Spa Fish ni kat Time Square dgn harga RM5 utk 20minit.. Murah je so cpt2 p cuba

Kagum



Aku agak kagum dgn pengusaha2 kat kaampus S.Alam ni.. Tgk sndiri la gambar kt atas ni.. botol2 air mineral just disusun cantik2 pastu diorang letak tabung kat tepi tu. Sapa2 nak beli just masukn RM1 dalam tabung tu and just amik ja.. Boleh tahan jujur jgk la orang kat sini.. Kalau x letak duit pun leh amek jgk and bukan stakat mineral water ja tp hotdog, keropok, coklat pun dijual dgn method ni sbb diorang nak kurangkan kos bayar pekerja so diorang letak je camtu and just mengharapkan kejujuran.. Tp pengusaha cakap kdg2 tu hilang jugak makanan diorang..and ada jugak time dgn tabung2 duit pun lesap skali tp diorang still letak jugak.. klu aku mintak mahap le nk wat camni

Monday, August 3, 2009

Diari Suami Isteri


BUKU HARIAN ISTERI

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.. ...

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.. ...



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini Sepanyol kalah. SIALLLLL!!!



Al-Fatihah kpd Yasmin Ahmad

Mungkin dah sedikit terlambat kalau nak bercerita pasal Yasmin Ahmad tapi aku bukan nak cakap pasal Yasmin tapi pasal masyarakat kita ni. Ingat dulu time Yasmin bwt crita spt Gubra, Sepet dan lain2, boleh kata majoriti rakyat Malaysia termasuk media asyik hentam dia. And boleh kata semua karya Yasmin Ahmad mesti ada kntrvsi walaupun filem yang dibuat x siap lagi pun. Tp lepas dia meninggal, semua puji bukan main. Yasmin hasil karya kualiti la, susah untuk cari ganti la dan ntah hapa2 lagi. Hipokrit sungguh. Aku sndiri x minat filem2 Yasmin sbb x kena dgn jiwa aku and filem dia agak berat tp aku ngaku dia brani bwt filem and ada quality with style. Cuma aku trasa kehilangan dia sbb mungkin aku dah xdapat tgk iklan2 dia yang mmg best in the world.

Situasi ni bukan jadi kat Malaysia ja tp kat luar pun jadi. Tgk sndiri bila Michael Jackson meninggal. Radio satu dunia asyik ulang lagu dia. Kat kedai2 video kt Malaysia ni pun still tayang video2 konsert dia. Semua puji Michael Jackson tp lupakah kita suatu hari dulu satu dunia kutuk dia. Pasal masalah kehidupan peribadi, pembedahan plastik, cara layanan dia kat anak2, kes cabul kanak2 dan macam2 lagi. Aku bukan nak ungkit apa dah jadi kt Michael Jackson cume terkilan dengan sifat hipokrit manusia yang hanya akan berubah fikiran dan pandangan terhadap seseorang selepas kehilangan orang itu.

Kalau x percaya, tunggu ja lpas ni mcm2 anugerah yang Yasmin akan dapat. Bertimbun2 penghargaan kepada orang yang dah tiada. Time ada xnak hargai. Itulah sifat manusia. Just wait and see

Saturday, July 11, 2009

BBA Honest Insurance

Kursus yang ditawarkan kat aku.. Memang susah sbb aku xda basic insurance langsung and aku kena catch up dgn 'terms' or perkataan2 yang aku x pnah dngar sblum ni.. agak mencabar gak la.. tp apa2 pun memang patut bersyukur aku dapat UiTM Merbok ulu.. Kat S.Alam ni hapa pun tadak.. wayang pun tadak.. CS yang cabuk tu pun ada wayang..Brengset

Monday, July 6, 2009

Penat!!

Perrrgh 2nd day kat S.Alam memang memenatkan.. Pulak tu ntah apasai aku ditempatkan kat kolej Meranti which kat luar Uitm.. Disebabkan agak jauh dari fakulti dan aku xbawak motobot aku tu so Bas Rapid menjadi kenderaan rasmi aku la.. Yang xbestnya nak kena brebut2 plak nak naik waduhh.. Tp xpa nnt2 aku terbiasa la dgn situation ni..

Klu nak compare, mmg kolej kat merbok aku bagi grade A+..kat S.alam agak ampeh la kolej dia.. Tp aku bernasib baik skit sbb kolej aku kat sbelah KFC,McD,7-11 dan macam2 lagi bnda2 best yang agak memudaratkan haha

Saturday, July 4, 2009

Good Luck

Arini ramai jugak member2 aku yang dah start mendaftar dgree diorang. So good luck aku ucapkan pada smua member2 dan para sahabat. Mlm ni 1030 aku berangkat ke shah alam.. Esok aku pnya pendaftaran so doakan keselamatan dan kejayaan aku kat sana..thanks bnyak2

Wednesday, July 1, 2009

Say No To Racism (True Story)

A White woman, about 50 years old, was seated next to a black man in a plane.
Obviously disturbed by this, she called the air Hostess.. 'Madam, what is the matter,' the hostess asked. 'You obviously do not see it then?' she responded. '
You placed me next to a black man. I do not agree to sit next to someone from such a repugnant group. Give me an alternative seat.'
'Be calm please,' the hostess replied.
'Almost all the places on this Flight is taken.

I will go to see if another place is available.' The Hostess went
away and t hen came back a few minutes later. 'Madam, Just as I thought, there are no other available seats in the economy class. I spoke to the captain and he informed me that there is a seat in the business class. All the same, we still have one place in the first class.' Before the woman
could say anything, the hostess continued: 'It is not Usual for our
company to permit someone from the economy class to sit in the first
class. However, given the circumstances, the captain feels that it would be scandalous to make someone sit next to someone so disgusting.' She
turned to the black guy, and said, 'Therefore, Sir, if you would like to,
please collect your hand luggage, a seat awaits you in first class.'
At that moment, the other passengers who were shocked by what they had just witnessed stood up and applauded.

Thursday, June 25, 2009

Alhamdulillah

Setelah berhari2 aku cuak akhirnya dapat jugak tawaran sambung belajar kat S.Alam.. Aku dapat course Insurans.. Walaupun xda dalam pilihan aku tp ok la at least boleh sambung belajar..thanks a lot to God because He gives me this opportunity and thanks to all my friends for your support

Saturday, June 20, 2009

21st Century

21st Century...
Our communication - Wireless
Our dress - Topless
Our telephone - Cordless
Our cooking - Fireless
Our youth - Jobless
Our food - Fatless
Our labour - Effortless
Our conduct - Worthless
Our relation - Loveless
Our attitude - Careless
Our feelings - Heartless
Our politics - Shameless
Our education - Valueless
Our follies - Countless
Our arguments - Baseless
Our boss - Brainless
Our Job - Thankless
Our Salary - Very less.!!

Antara Babi Dan Burung

Perasan tak kita sekarang semakin menunjukkan perasaan sayang kepada babi2 di seluruh dunia?? Ingat tak masa selesema burung dulu apa tindakan dunia utk hapuskan virus tu?? Ayam dan burung habis kena tangkap, dibunuh, dan dibakar smapaikan kt kampung aku pegawai bertugas siap panjat pokok nak tngkap ayam atas tu utk dibunuh. Itu kes selesema burung. Tapi time selesema babi skarang ni bukan main nak cari vaksin utk neutralize pnyakit tu. Aku x dngar lgsung babi kena bunuh. See? Mari la kita sayang babi2 tu semua.. Jaga la babi tu supaya mcm2 pnyakit lagi kita boleh dapat dan secara tak langsung akan meningkatkan lagi usaha saintis kita agar mereka lebih maju dgn vaksin2 yang tercipta.. adios

Thursday, June 18, 2009

Mencari Orang Yang Disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sekian.

Al Fatehah

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4.. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan..

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tanda2 Kematian

*Sama cam dalam blog izza*

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil . Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar . Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.


Saling berpesan2lah sesama kita........ .

Sushi and Sashimi

This is a true case of a Japanese man from Gifu prefecture who complains incessantly about a persistent headache.
Mr. Shota Fujiwara loves his sashimi and sushi very much to the extent of trying to get them as 'alive and fresh' as can be for his insatiable appetite.
He develops a severe headache for the past 3 years and has put cut off as migraine and stress from work.
It was only when he started losing his psychomotor skills that he seeks medical help.
A brain scan and x-ray reveals little however.

But upon closer inspection by a specialist on his scalp, the doctor noticed small movements beneath his skin.
It was then that the doctor did a local anesthetic to his scalp and discovered the cause when tiny worms crawled out.

A major surgery was thus immediately called for and the extent of the infestation was horrific.
See the attached pictures to the scene that one thought only a movie could produce.: sushiworms.jpg / sushiworms2.jpg

Remember, tapeworms and roundworms and their eggs which abound in all fishes fresh or salt fishes can only be killed by thorough cooking and/or freezing the fish to between 4 deg C - 0 deg C.
The eggs of these parasites can only be killed if it is cooked or frozen to the said temperatures for a week or more.
Think twice about that raw dish next time...or you might get a headache.



Kaabah Yang Tidak Mahu Bergerak

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah

Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya
Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan- NYA.... Semoga ALLAH mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.

Kisah Tan Sri (Menarik)

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ..........

Pendapat anda bagaimana hehe?

Wednesday, June 17, 2009

Dah Grad

Yihaa berjaya jugak aku grad.. Baru ingat nak berjoli katak skali tengok2 degree xdapat plak Chilanat betoi.. So skarang dah ilang mood nak berjoli..ampas nyiok

Thursday, June 11, 2009

John 3:16

Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..

Monday, June 8, 2009

Kad Terup

Aritu aku balik umah pakcik aku (kmpg arwah mak aku) kt Bkt Slambau aku bawak la skali kad terup aku sbb nak wat magic kt sdara2 kat sana. Aku pun buat la beberapa trick yang best kt anak2 pakcik aku dgn pakcik aku skali. Pastu anak2 pakcik aku cakap stgi ada org2 veteran nak mai umah pakcik aku and depa kata kalau geng veteran tu mai simpan kad tu sbb depa tu pantang tengok kad trup. Aku pun kata la awatnya kita bukan main judi kita main magic tp anak2 pakcik aku cakap depa tu x kira, asal nampak kad terup ja trus HARAM smpai klu pegang kad tu pun depa kata HARAM. Bila depa smpai ja aku simpan la kad tu takut kena sumpah jadi peti ais plak nanti.

Sama ja situasi dia dkat kolej. Dulu masa dalam kolej bawak kad terup sorok2 nak buat magic takut kantoi dgn guard. Ada gak membe yang kantoi and dikira kesalahan berat klu memiliki kad tu. Kena denda nak dekat RM100 gak kot xsalah aku. Time spotcheck kalut sorok kad tu kat tempat rahsia (atas amari sbb pakgad bukan nak panjat tengok pun).

Yang best nya budak2 yang kantoi kad tu depa bukan berjudi pun tp just main biasa2 ja dimana xda duit yang terlibat dalam permainan tu. Bagi aku slagi xda duit yang menjadi pertaruhan, slagi tu permainan tu bukan perjudian walaupun kad terup digunakan. Pakgad tu bukan kira pun ada duit ka xda asal ada terup trus kata JUDI and naya ja budak2 yang main smata2 untuk entertainment. Kalau ikutkan, bola pun boleh bertaruh, main game boleh bertaruh, main kad UNO pun boleh bertaruh. Xkan nak haramkan semua tu?? Sama jugak la kt kampong tu nak ja aku cakap kat geng2 veteran tadi tu yang ayam pun boleh buat laga and main bet so lpas ni jgn bela ayam, jangan makan and jangan sentuh ayam sbb ayam tu HARAM haha.

Perjudian adalah sejenis permainan yang disertakan wang sebagai pertaruhan. Kalau main terup x guna duit so x haram la bagi aku. Bagi aku la orng len aku xtau.. Chiow

Jawapan Kuiz Double Trouble 17.05.2009

1. Haphazard
2. Perpetual
3. Concourse
4. Insincere
5. Marmalade
6. Shipshape
7. Limelight
8. Etiquette
9. Racetrack
10. Enjoyment
11. Discredit
12. Anchorman

Sunday, June 7, 2009

Ada Lembaga di Blakang Dr M




hehe sweet.. ada sense of humour

MEN NEVER LISTEN!!

In a Chicago hospital, a gentleman had made several attempts to get into the men's restroom, but it had always been occupied.

A nurse noticed his predicament. ' Sir', she said ' You may use the ladies room if you promise not to touch any of the buttons on the wall.'

He did what he needed to, and as he sat there he noticed the buttons he had promised not to touch. Each button was identified by letters: WW , WA , PP, and a red one labeled ATR. Who would know if he touched them?

He couldn't resist. He pushed WW. Warm water was sprayed gently upon his bottom. What a nice feeling, he thought. Men's restrooms don't have nice things like this.

Anticipating greater pleasure, he pushed the WA button. Warm air replaced the warm water, gently drying his underside. When this stopped, he pushed the PP button.

A large powder puff caressed his bottom adding a fragile scent of spring flower to this unbelievable pleasure. The ladies restroom was more than a restroom, it is tender loving pleasure.

When the powder puff completed its pleasure, he couldn't wait to push the ATR button which he knew would be supreme ecstasy. He was immediately knocked out by an excruciating pain.

Next thing he knew he opened his eyes, he was in a hospital bed, and a nurse was staring down at him.

'What happened?' he exclaimed. 'The last thing I remember was pushing the ATR button.'
'The button ATR is an Automatic Tampon Remover. Your testicles are now in this jar, sir.'

MEN NEVER LISTEN, DO THEY?

Best Poem




When I'm born, I'm black
When I'm grow up, I'm black
When I'm go in Sun, I'm black
When I'm scared, I'm black
When I'm sick, I'm black
And when I'm die, I'm still black

And you white fellow
When you born, you pink
When you grow up, you white
When you go in sun, you red
When you cold, you blue
When you scared, you yellow
When you sick, you green
And when you die, you gray

And you calling me colored?

Teka teki kuang hajor 2

Susahnya Soalan matematik ni!!!!

Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab...

Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya.
6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.

SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana ?
Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik,
sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk
berpikir secara wajar...

Tetapi...... .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang
membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya
bahawa hal ini bukan JOKE semata.....

cuba lihat jawapan di bawah...


Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya
(A)
M = A + 21

6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur
anak

M + 6 = (A + 6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A

A = -3/4

Bererti umur anaknya sekarang
* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir
kira-kira 9 bulan kemudian)

Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...

atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut
posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak
dihasilkan ...ha... ha... ha.... Dah pi buat keje jangan nak fikir lagi posisi apa pulak yang best.... he he he

Jaga2 time nak buang air




Check toilet sblum guna

Renungan

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY .

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN .

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Teka teki kuang hajor

Lynn nak beli buku..
Dia pinjam kt Mak dia RM25 and Bapak dia RM25..
Skali tgk2 buku yang dia nak beli tu RM47 saja..
Lynn pun beli and ada la baki RM3..
RM1 dia bg kt Mak dia..
lagi RM1 dia bagi kt Bapak dia..
And lagi RM1 dia simpan..
so skarang Lynn hutang lagi RM24 dgn Mak and Bapak dia
(Coz RM25-RM1 = RM24)

Soalannya:
kalau kita campur balik utang lynn kat Mak dia (RM24) and utang kt Bapak dia (RM24) maka jadianya dia tgh berhutang RM48 la kan??

Pastu kalau kita campur dgn RM1 yang Lynn kebas tadi tu totalnya RM49..
Lynn pinjam RM50-RM49= RM1
So mana hilang lagi RM1??

Saturday, May 30, 2009

Investment

Serious relationship is like an investment. You must be willing to pay more for a higher return. But what make it special is that both parties are mutually investing for their future benefit (Being united with each others)

-Fadzly Mohamad

Cenderahati



Last 2 days kak ilah suruh aku p unit kewangan amek baju2 and cap sbg hadiah sbb ajaq diorang men petanque..hehe style la baju tu siap ada nama 'Pali" lagi haha..tu kes diorang smua xtau nama btui aku so letak la Pali.. and squad petanque kedah dapat 3 gangsa utk sukan aritu..so tahniah bebanyak and timaseh daun kladi